Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA TADARUS BULAN RAMADHAN 1439/2018 BAGI SKIM TILAWAH AL-QURAN REMAJA (STAR) DAERAH BRUNEI MUARA, TUTONG, BELAIT DAN TEMBURONG UNIT TILAWAH AL-QURAN DAN DIKIR, BAHAGIAN PELAJARAN LANJUTAN, JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KHEU

Bandar Seri Begawan, Ahad, 03 Jun 2018–Majlis Khatam Al-Quran sempena Tadarus Bulan Ramadhan merupakan salah satu dari projek atau rancangan kerja tahunan Unit Tilawah Al-Quran dan Dikir, JPI, KHEU bagi Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) seluruh negara. Majlis bermula jam 08.30 pagi.

BILDAERAHTEMPAT MENGADAKANTETAMU KHASJUMLAH PELAJAR
1BRUNEIDEWAN SERBAGUNA SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI MUTAWAKILLAH HAYATUL BOLKIAH, KAMPONG SERUSOPYANG MULIA DAYANG HAJIJAH BINTI HAJI MOKTAL317
2TUTONGDEWAN SERBAGUNA SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI NORAINYANG MULIA AWANG ALIZAN BIN HAJI RAMLEE KETUA UNIT DAKWAH DAERAH TUTONG27
3BELAITSEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH, SERIAYANG MULIA AWANG HAJI HASLAN BIN HAJI SAHBUDIN                KETUA BAHAGIAN HAL EHWAL MASJID, KHEU DAERAH BELAIT31
4TEMBURONGSEKOLAH ARAB TEMBURONGYANG MULIA AWANG ELDE BIN HAJI SUHAILE PEGAWAI HAL EHWAL MASJID DAERAH TEMBURONG28
JUMLAH403

 

Tujuan majlis diadakan ialah untuk menyemarakkan dan memeriahkan suasana bulan Ramadhan dengan tadarus Al-Quran; Menggalakan supaya pelajar-pelajar sentiasa menghadapi dan membaca Al-Quran dengan baik dan lancar seterusnya mengkhatamkan Al-Quran 30 juz setiap menjelang bulan Ramadhan; dan Mengeratkan kerjasama dan perpaduan dikalangan tenaga pengajar dan para pelajar.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis diikuti dengan bacaan surah ad-Dhoha hingga surah An-Nas oleh Pelajar-Pelajar Tahun II STAR; Bacaan Takhtim oleh Pelajar-Pelajar Perempuan Tahun I; Bacaan Doa Khatam oleh wakil Pelajar Tahun Lanjutan; Dikir Asyrakal; Penyampaian Sumbangan Derma kepada lima (05) orang anak-anak yatim yang mengikuti kelas STAR dan Bacaan Doa Selamat.

Attachments