Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PERSEMBAHAN PENTAS BERCORAK KEAGAMAAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-75 TAHUN, 1442H/2021M

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20hb. Zulhijjah 1442H bersamaan 29hb. Julai 2021M–Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama diamanahkan mengendalikan salah satu program Persembahan Bercorak Keagamaan sebagai wadah bagi menyembahkan rasa kesyukuran, kegembiraan rakyat serta meningkatkan semangat bagi memeriahkan Sambutan Perayaan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75.

Tujuan majlis diadakan ialah untuk memberi pendedahan bakat seni dan kemahiran dalam apa jua bidang di kalangan pelajar-pelajar dan warga sekolah bagi tujuan memeriahkan acara persembahan sesuai dengan konsep Melayu Islam Beraja, menjadikan satu tempat berinteraksi sebagai masyarakat yang harmoni dan cintakan Raja dalam bersatu membuat persembahan kebudayaan, kesenian dan keagamaan serta menanamkan semangat cintakan Raja, Ugama dan Negara.

Majlis diadakan bertempat di Pentas Perayaan Berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan bermula jam 8.15 malam.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal dan Isteri.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Sahat, Ketua Unit Al-Quran, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam. Kemudian acara diikuti dengan persembahan daripada penuntut-penuntut Sekolah Ugama Kawasan Brunei 1 dan persembahan daripada penuntut-penuntut Sekolah Ugama kawasan Brunei IIA dan diiringi dengan acara kuiz Interaktif 1.

Acara diteruskan lagi dengan persembahan Sekolah Ugama kawasan Brunei IIB; persembahan Sekolah Arab; acara Kuiz Interaktif II; persembahan Sekolah Ugama Kawasan Brunei III; persembahan Sekolah Ugama Kawasan Brunei IV; acara Kuiz Interaktif III dan persembahan Guru-guru.

Kuiz Interaktif diselang-selikan setiap persembahan, orang ramai yang hadir juga di alu-alukan untuk menjawab soalan-soalan kuiz dan hadiah-hadiah saguhati akan diberikan bagi peserta yang menjawab soalan dengan betul.

Attachments