ONG SUM PING, Rabu, 29hb. Jamadilawal
1442H bersamaan 13hb Januari 2020M-Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta
Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah diteruskan lagi
hari ini bagi hari Ke-3 berlangsung secara tertutup di Bilik Mesyuarat Pusat
Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS Blok 2H Tingkat 8, (2H8:04), Kondominium Ong Sum Ping, Jalan
Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam.
Peserta bagi Kategori ‘C’ Menghafaz 3 Juz
Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 3 berserta Pemahaman Surah An-Nissa’.
Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta
Pemahamannya Peringkat Saringan
Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah ini berlangsung selama 7 hari bermula Isnin, 27hb Jamadilawal 1442H bersamaan 11hb Januari
2021M hingga 5hb Jamadilakhir 1442H bersamaan 19hb Januari 2021M.



