BERAKAS, 29hb. Jamadilawal 1442H
bersamaan 13hb. Januari 2021M-Jerayawara (Road Show) dengan aktiviti
sesi pemeriksaan kesihatan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal
Ugama diteruskan lagi bagi hari ketiga bertempat di Lantai Bawah, Bangunan
Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Jerayawara tersebut dianjurkan oleh Pusat
Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan melalui kerjasama Gleneagles Jerudong
Park Medical Centre dan Unit Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan
Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Jerayawara (Road Show) dengan aktiviti
sesi pemeriksaan kesihatan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal
Ugama. Pemeriksaan berkenaan diadakan selama 5 hari, iaitu pada 11hb, 12hb, 13hb, 14hb dan 16hb
Januari 2021.









