Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SARINGAN KEBANGSAAN TAHUN 1442 HIJRAH BAGI HARI KE DUA

ONG SUM PING, Selasa, 28hb. Jamadilawal 1442H bersamaan 12hb Januari 2020M- Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah diteruskan lagi hari ini bagi hari Ke-2 berlangsung secara tertutup di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS Blok 2H Tingkat  8, (2H8:04), Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam.

Seramai 34 orang peserta 13 orang lelaki dan 21 orang perempuan telah bertanding hari ini Peserta menghafaz surah-surah pilihan iaitu Surah Al-Kahfi, Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Ar-Rahmaan, Surah Al- Waqi’ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Insaan, Surah Yaasiin, Surah Jiin berserta pemahaman Surah Al-Jumu’ah dan  Surah An-Nur.

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya  Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah ini berlangsung selama 7 hari bermula Isnin,  27hb Jamadilawal 1442H bersamaan 11hb Januari 2021M hingga 5hb Jamadilakhir 1442H bersamaan 19hb Januari 2021M.


 

Attachments