Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PERJUMPAAN TUAN YANG TERUTAMA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK KESULTANAN OMAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERSAMA MENTERI HAL EHWAL UGAMA

Berakas, Selasa, 08 Rabiulakhir 1442H bersamaan 24 November 2020M–Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al Maskari, Duta Besar Istimewa Dan Mutlak Kesultanan Oman Ke Negara Brunei Darussalam pagi tadi telah mengadakan Perjumpaan bersama Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan kerjasama dalam bidang Bahasa Arab dan bidang-bidang lain yang bersesuaian antara Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan Kesultanan Oman.

Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al Maskari, Duta Besar Istimewa Dan Mutlak Kesultanan Oman Ke Negara Brunei Darussalam diiringi oleh Mr. Moosa bin Said bin Mohamed Al Salti, Ketua Pentadbiran dan Kewangan, Kedutaan Kesultanan Oman.

Hadir sama di majlis perjumpaan tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Sei Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Pengarah Pengajian Islam; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Ketua Bahagian Antarabangsa dan MABIMS dan Yang Mulia Ustazah Hajah Hajijah bin Haji Moktal, Ketua Unit Ta’ziz Lughah Al-Arabiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis Perjumpaan tersebut berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

 

 

Attachments