Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG LELAKI PUAK DUSUN [RUZAINI BIN IMAAK]

KIARONG, 21hb. Safar 1442H bersamaan 9hb. Oktober 2020M, Jumaat-Seorang lelaki puak Dusun, Ruzaini bin Imaak telah melafazkan ikrar Islam iaitu dua kalimah syahadah di hadapan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengembangan Da’wah [Pengislaman], Pusat Da’wah Islamiah hari ini. Majlis berlangsung di Surau Polis Kawalan Diraja Istana Nurul Iman, Kampong Kiarong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei.

Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Hj Abd Rajid bin Hj Mohd Salleh, Pengarah Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan lafaz ikrar Islam dua kalimah syahadah oleh Ruzaini bin Imaak. Kini, beliau dikenali dengan nama Islamnya Muhammad Ruzaini bin Abdullah Imaak. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

Sejak Januari hingga September 2020, seramai 293 orang yang telah memeluk agama Islam diseluruh negara, 139 orang daripadanya adalah dari Daerah Brunei dan Muara yang telah memeluk agama Islam.



Attachments