Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN JENAZAH WAKAF MASJID SULTAN SHARIF ALI SENGKURONG DAN MASJID KAMPONG KUPANG

SENGKURONG, Sabtu, 18hb Julai 2020M-Wakaf merupakan satu daripada amalan sedekah yang sangat-sangat dituntut oleh Islam. Sepertimana juga amalan sedekah yang lain, amalan ini telah dijanjikan dengan ganjaran yang amat besar oleh Allah Subhanahu wa Taala kepada pewakafnya. Malah, apa yang lebih istimewa lagi adalah pahalanya akan kekal berpanjangan selagi harta yang diwakafkan masih wujud dan boleh dimanfaatkan walaupun pewakafnya meninggal dunia.

Sehubungan dengan itu, Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong dan Masjid Kampong Kupang, Daerah Tutong telah masing-masing memiliki sebuah kereta jenazah yang baru daripada Yang Mulia Haji Awang Ibrahim bin Haji Awang Damit dan keluarga.

Penyerahan wakaf kunci kenderaan jenazah tersebut disampaikan oleh pewakaf kepada Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri Kemudian diserahkan kepada Ketua Imam di Masjid masing-masing yang berlangsung di pekarangan kedua masjid tersebut.


Attachments