Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

RAPTAI PENUH (REHEARSAL) MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS WANITA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1441 HIJRAH

Berakas, Selasa, 19 November 2019M–Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1441 Hijrah akan berlangsung pada hari Khamis, 24hb Rabiulawal 1441 Hijrah bersamaan 21hb November 2019 Masihi, bermula jam 9.00 pagi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Di antara pengisian majlis ialah Persembahan Bacaan Al-Quran, Persembahan Pengajaran dari Al-Quran; Ceramah Khas dan Persembahan Dikir Marhaban.

Bagi memastikan pelaksanaan majlis berjalan dengan lancar dan teratur, pagi tadi telah diadakan raptai penuh bagi majlis tersebut bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Hadir bagi menyaksikan latihan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1441 Hijrah.

Turut berangkat menyaksikan Latihan Penuh tersebut ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara; Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan juga hadir Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Datin Hajah Dayang Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof; Yang Dipertua Majlis Wanita, Negara Brunei Darussalam serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja yang lain.

Bagi memeriahkan lagi Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1441 Hijrah, Ahli Jawatankuasa akan mengaturkan Pameran Usahawan Wanita yang bertemakan ‘Usaha Wanita Dalam Meneladani Mu’amalat Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam’.

Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada tahun ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Tenaga.

Attachments