Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MESYUARAT JAWATANKUASA PAKAR FALAK MABIMS

Rabu, 09hb Oktober 2019M-Seramai empat (4) orang perwaiklan Negara Brunei Darussalam telah berlepas ke Yogyakarta, Republik Indonesia pada Hari Isnin, 07 Oktober 2019M lalu  bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Falak bagi Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura MABIMS yang akan berlangsung pada 08 hingga 10 Oktober 2019M bertempat di Hotel Grand Keisha, Yogyakarta, Republik Indonesia.

Rombongan yang akan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Falak MABIMS tersebut ialah Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, selaku Ketua Rombongan; Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Ketua Bahagian Antarabangsa dan MAIBMS; Pengiran Dr. Haji Badaruddin bin Pengiran Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Jabatan Perdana Menteri dan Awang Haji Khairul Abidin bin Haji Sulaiman, Juruukur, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Falak MABIMS pagi tadi telah dirasmikan oleh Yang Terhormat Bapak Luqman Hakim, Menteri Kementerian Agama Republik Indonesia.

Mesyuarat ini merupakan salah satu program di bawah Bidang Kerjasama MABIMS iaitu “Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam MABIMS”. Negara Republik Indonesia selaku negara penganjur yang juga akan dihadiri dari empat negara anggota MABIMS iaitu Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura.

Disamping itu, dalam mesyuarat itu nanti Negara Brunei Darussalam akan membentang dua (2) kertas kerja iaitu “Unifikasi Kalendar Takwim Hijrah” dan “Pengunaan Charge-Coupled Device (CCD) dalam Rukyah Hilal”.


 

Attachments