Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT WANG TUNAI KEPADA ASNAF FAKIR MISKIN MENJELANG HARI RAYA TAHUN 1440H/2019M

Lumapas, 15 Mei 2019, Isnin–Sejumlah $19,820.00 (Sembilan Belas Ribu Lapan Ratus Dua Puluh Ringgit)  diserahkan kepada 47 keluarga yang terdiri daripada Asnaf Fakir dan Miskin yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara selaku Ahli Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat (MUIB).

Wang tunai berkenaan diserahkan semasa Majlis Penyampaian Agihan Zakat Wang Tunai Kepada Asnaf Fakir Miskin Menjelang Hari Raya Tahun 1440H/2019M yang berlangsung di Masjid Kampong Lumapas, Daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam tengahari tadi.

Pada tahun ini sebanyak $1,333,570.00 (Satu Juta Tiga Ratus Tiga Puluh Tiga Ribu Lima Ratus Tujuh Puluh Ringgit Sahaja) telah diperuntukkan kepada 8,435 orang penerima yang terdiri dari asnaf fakir dan miskin diseluruh negara,  Peruntukkan  ini diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir dan Miskin melalui kutipan Zakat Fitrah dan Zakat Harta tahun 1439H/2018M.

Hanya sebahagian dari jumlah 8,435 orang yang terdiri dari Asnaf Fakir dan Miskin seluruh Negara akan menerima agihan di Masjid-Masjid manakala sebahagian yang lain akan menerimanya melalui akaun bank masing-masing.

Adalah diharapkan dengan adanya agihan Zakat ini akan dapat meringankan beban Asnaf Fakir dan Miskin serta dapat menampung perbelanjaan menjelang Hari Raya yang bakal tiba, disamping sentiasa berhemat cermat dalam berbelanja.

Semoga para Asnaf Fakir Miskin sekeluarga akan sentiasa taat menunaikan perintah Allah Subhanahu Wataala dan menjauhi segala laranganNya.

Attachments