Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENDAFTARAN BAGI MENDAPATKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PRA-SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI (PRA-STPUB) DAN SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI (STPUB) TAHUN 1439H/2018M MELALUI PERKHIDMATAN SMS

Selasa, 22 Januari 2019 – Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan peperiksaan-peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (PRA-STPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) tahun 1439H / 2018M akan mula dibukakan.

Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan ini dikehendaki mendaftar melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit terlebih dahulu. Pendaftaran adalah percuma dan pelanggan boleh mula mendaftar mulai hari Rabu, 23 Januari 2019, pukul 10:00 pagi.

Pendaftaran hanya dibukakan melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit iaitu dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR INDEKS CALON (jarak) NOMBOR KAD PENGENALAN PINTAR dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan PCSB. Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pelanggan akan dikenakan caj bayaran B$1.00 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima. Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada para pelanggan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

Melalui perkhidmatan ini nanti, diharapkan akan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan peperiksaan-peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (PRA-STPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) tahun 1439H / 2018M secara individu dengan lebih cepat dan tepat.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi Mach Telecommunications System Sdn. Bhd. melalui e-mel: mach@machbrunei.com.

 

Attachments
Created at 23/1/2019 7:56 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 23/1/2019 7:56 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK