Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerkhidmatan Ugama Sebelum 1959

Perkembangan perkhidmatan dalam bidang Ugama adalah suatu faktor yang mempengaruhi sejarah Negara Brunei Darussalam dari masa ke semasa. Merista kembali walaupun secara ringkas kenangan perjalanan pentadbiran yang dicapai oleh negeri ini dalam bidang ugama adalah sangat penting. Sebelum Jabatan Hal Ehwal Ugama diasingkan dari tiga cawangan (Selain Jabatan Adat Istiadat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat) pada 29 September 1959 tercatat beberapa lakaran sejarah seperti: ​

1948 
Hal Ehwal Ugama Islam Brunei ditadbir oleh sebuah badan yang dinamakan ‘Penasihat Ugama Islam’ 
(Mohammaden Religious Adviser). 

1954 
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berkenan menubuhkan Majlis Mesyuarat Syariah, bagi memperkuat kedudukan ugama Islam dan ke arah usaha mengambil berat ke atas hal ehwal 
ugama Islam. 
 
Pada 1 Julai 1954, tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Ugama, Adat Istiadat dan Kebajikan. 
 
1955 
Ditubuhkan Majlis Ugama Islam Brunei.