Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN PEMANGKU MENTERI BERTANGGUNGJAWAB BAGI EHWAL MASYARAKAT ISLAM MERANGKAP MENTERI NEGARA KANAN KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI REPUBLIK SINGAPURA KE MASJID OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN

25 November 2025

LAWATAN PEMANGKU MENTERI BERTANGGUNGJAWAB BAGI EHWAL MASYARAKAT ISLAM MERANGKAP MENTERI NEGARA KANAN KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI REPUBLIK SINGAPURA KE MASJID OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN

Bandar Seri Begawan, Selasa, 03 Jamadilakhir 1447 bersamaan 25 November 2025–Tuan Yang Terutama Prof Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Merangkap Menteri Negara Kanan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura meneruskan lagi lawatan rasmi di hari kedua dengan berkunjung ke Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pagi tadi.

Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama Prof Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gemok, Pengarah Hal Ehwal Syariah; Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid; dan Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sejurus tiba di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Tuan Yang Terutama dan rombongan telah menyaksikan tayangan video The Historical and Cultural Significance (Sejarah dan Pembangunan Masjid Omar 'Ali Saifuddien).  Diteruskan dengan menandatangani buku lawatan dan diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Yang Terutama disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Rombongan juga berkesempatan meninjau kawasan persekitaran masjid sebelum mengakhiri lawatan dengan sesi bergambar ramai sebagai tanda kenangan sempena lawatan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Merangkap Menteri Negara Kanan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura dan rombongan ke Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

Tuan Yang Terutama Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Merangkap Menteri Negara Kanan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura berada dalam rangka lawatan selama dua hari dari 24 hingga 25 November 2025.  Lawatan ini mencerminkan penghormatan tinggi serta hubungan erat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, khususnya dalam hal ehwal masyarakat Islam.  Lawatan ini juga membuka ruang kepada kedua-dua pihak berkongsi pengalaman mengenai pengurusan masjid, program kemasyarakatan dan inisiatif pembangunan ummah.

 

​Foto: BPAAM​