Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI (HARI KETIGA)

12 November 2025

MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI (HARI KETIGA)

Berakas, Rabu, 21 Jamadilawal 1447 bersamaan 12 November 2025Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah/2026 Masihi diteruskan lagi pada hari ketiga dan terakhir, hari ini, Rabu, dengan penampilan dua puluh dua (22) orang peserta yang terdiri daripada lapan belas (18) orang Qari dan empat (4) orang Qariah yang memperdengarkan bacaan masing-masing pada sebelag pagi dan petang.

Hadir selaku Tetamu Khas pada sebelah pagi ialah Yang Mulia Awang Mohamad Aliyani bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, manakala pada sebelah petang, Yang Mulia Awang Harris Hamdillah bin Haji Masri, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong.

Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan ini dapat disaksikan secara langsung (livestreaming) melalui akaun Instagram rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama @kheu.brunei dan Microsoft Teams https://tiny.cc/kheumusabaqah.

Sementara itu, Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah dan Cenderamata kepada para peserta dan hakim Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah/2026 Masihi akan diadakan pada esok hari Khamis, 22 Jamadilawal 1447 bersamaan 13 November 2025, di tempat yang sama.

Penganjuran Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan ini dihasratkan untuk memartabatkan syiar Islam melalui pembacaan dan penghayatan Al-Qur'an, yang sekali gus mencerminkan komitmen berterusan negara dalam memupuk budaya Celik Al-Qur'an dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini, di samping menjadi wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.​