Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA  PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI (HARI KEDUA)

11 November 2025

MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI (HARI KEDUA)

Berakas, Selasa, 20 Jamadilawal 1447 bersamaan 11 November 2025Seramai dua puluh tiga (23) orang peserta terdiri daripada lapan belas (18) orang Qari dan lima (5) orang Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing pada sebelah pagi dan petang hari ini, Selasa, di Hari Kedua Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi.

Hadir selaku Tetamu Khas pada sebelah pagi Musabaqah ialah Yang Mulia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gemok, Pengarah Hal Ehwal Syariah.  Manakala pada sebelah petang, Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murat, Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid.

Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan ini turut disiarkan secara langsung (livestreaming) melalui akaun Instagram rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama @kheu.brunei dan juga menerusi pautan Microsoft Teams https://tiny.cc/kheumusabaqah.

Penganjuran Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan bertujuan untuk memartabatkan syiar Islam melalui pembacaan dan penghayatan Al-Qur'an, di samping melahirkan Qari dan Qariah negara yang berkualiti, berilmu dan berakhlak mulia.  Ia juga menjadi platform bagi mengasah bakat dan meningkatkan mutu pembacaan Al-Qur'an dalam kalangan masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam.

 

Foto: BPAAM dan SkiPPA