Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENANDATANGANAN PERJANJIAN PENGURUSAN HAJI BAGI JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 1447H/2026M

08 November 2025

MAJLIS PENANDATANGANAN PERJANJIAN PENGURUSAN HAJI BAGI JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 1447H/2026M

Arab Saudi, Sabtu, 17 Jamadilawal 1447 bersamaan 08 November 2025-Perjanjian Pengurusan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Tahun 1447H/2026M telah dimeterai di Arab Saudi pada hari ini.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam selaku wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Mulia Dr. Abdul Fattah bin Sulaiman Mashat, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi di Hotel Assila, Jeddah, Arab Saudi.

Sebelum majlis penandatangan tersebut dimulakan, satu perjumpaan dua hala telah diadakan bagi membincangkan hal ehwal pengurusan jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi musim haji tahun 1447H / 2026M nanti.

Turut hadir pada majlis tersebut, Tuan Yang Terutama Haji Harun bin Haji Junid, Duta Besar, Mutlak dan Istimewa Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah dan rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang akan menghadiri 5th Edition of the Hajj Conference and Exhibition di Arab Saudi.

Perjanjian Pengurusan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Tahun 1447H/2026M yang ditandatangani tersebut adalah merupakan kesinambungan hasil Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1447H / 2026M yang telah diadakan secara dalam talian sebelumnya, yang memfokuskan keteraturan pengurusan jemaah haji  mengikut peraturan dan tempoh masa yang telah ditetapkan bagi memastikan jemaah haji dapat melaksanakan manasik haji dalam keadaan selamat dan teratur.

Selain menandatangani perjanjian dan mengadakan perjumpaan dua hala tersebut, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam beserta rombongan akan menghadiri Majlis Perasmian 5th Edition of the Hajj Conference and Exhibition yang akan diadakan pada 09 November 2025 dan aturcara yang telah disusun lainnya.

 

​Foto: JUH​