Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS SOLAT SUNAT HAJAT, MEMBACA SURAH YASIN DAN DOA KHAS  BAGI CALON PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) KAWASAN BRUNEI IIA TAHUN 1447H / 2025M

06 November 2025

MAJLIS SOLAT SUNAT HAJAT, MEMBACA SURAH YASIN DAN DOA KHAS BAGI CALON PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) KAWASAN BRUNEI IIA TAHUN 1447H / 2025M

Kiarong, Khamis, 15 Jamadilawal 1447 bersamaan 06 November 2025–Bagi memohon Inayah dan keberkatan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala, di samping melaksanakan persediaan bagi menghadapi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) pada bulan November ini, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei IIA petang tadi mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Doa Khas bagi calon-calon sekolah ugama yang akan menduduki Peperiksaan SSSRU.  Majlis berkenaan diadakan di Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Majlis yang turut dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga murid-murid Darjah VI sekolah-sekolah ugama Kawasan Brunei IIA dimulakan dengan menunaikan Solat Hajat berjemaah.

Diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd Suhnoromardi bin Haji Suhaimi dan seterusnya bacaan Doa Khas oleh Yang Mulia Awang Mohd Arifin bin Haji Saili.

Majlis Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Doa Khas ini diadakan adalah untuk memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar sekalian murid dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

Majlis seumpamanya juga diadakan bagi calon-calon peperiksaan SSSRU sekolah-sekolah ugama Kawasan Brunei I pada 01 November lalu, yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang murid bersama para ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Murid-murid Darjah VI sekolah ugama seluruh negara dijadualkan menduduki Peperiksaan Bertulis SSSRU bermula pada 10 hingga 24 November ini.​