Sukacita
Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan kepada orang ramai
bahawa tujuh (7) Syarikat telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan
perkhidmatan pakej Haji dan Umrah bagi sesi tahun 1440 Hijrah hingga tahun 1442
Hijrah. Syarikat-syarikat tersebut adalah:
1.Darussalam
Holdings Sdn Bhd
2.Straits
Central Agencies (B) Sdn Bhd
3.Continental
Yachting Sdn Bhd
4.Raudah
Al-Amin Sdn Bhd
5.At-Taqwa
Travel Tours Sdn Bhd
6.Titian
Travel & Tours Sendirian Berhad
7.Dar
El Ehsan Travel Sdn.Bhd
Orang
ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah adalah dikehendaki
untuk mengikuti pakej syarikat-syarikat berkenaan bagi memastikan urusan-urusan
perjalanan Haji dan Umrah berjalan dengan sempurna dan teratur.