Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksStatistik Jumlah Kutipan Dana Pembinaan Masjid

STATISTIK JUMLAH KUTIPAN TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



HomeButton_TDPM2.png


Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam telah ditubuhkan dan dirasmikan pada 04hb Jun 2015. Sejurus sahaja Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam dilancarkan, beberapa kaedah kutipan telah dapat dilaksanakan. Hasil kutipan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam bagi tahun pertama penubuhannya sehingga 31hb Disember 2015 adalah berjumlah  $1,216,966.72 telah berjaya dikutip. 

Statistik Jumlah Kutipan Tabung Dana Masjid Tahun 2015.png 

BilKeteranganJumlah ($)
1Jumlah Kutipan dari mula pelancaran sehingga 31hb Disember 2015$ 1,216,966.72
 Baki Jumlah Keseluruhan$ 1,216,966.72

 

Maka baki kutipan keseluruhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam sehingga 31hb Disember 2015 adalah berjumlah $ 1,216,966.72.

Pada Tahun 2016, jumlah keseluruhan kutipan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam telah berjaya terkumpul sehingga 31hb Disember 2016 adalah berjumlah  $3,036,116.91

 Statistik Jumlah Kutipan Tabung Dana Masjid Tahun 2016.png

BilKeteranganJumlah ($)
1Jumlah Kutipan dari mula pelancaran sehingga 31hb Disember 2015$ 1,216,966.72
2Jumlah Kutipan dari mula pelancaran sehingga 31hb Disember 2016$ 3,036,116.91
 Baki Jumlah Keseluruhan$4,253,083.63

 

Maka baki kutipan keseluruhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam sehingga 31hb Disember 2016 adalah berjumlah  $4,253,083.63.

Pada tahun 2017, Jumlah keseluruhan kutipan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam telah meningkat kutipan terkumpul sehingga 31hb Disember 2017 adalah berjumlah  $3,250,851.64.

Statistik Jumlah Kutipan Tabung Dana Masjid Tahun 2017.png

 

BilKeteranganJumlah ($)
1Jumlah Kutipan dari mula pelancaran sehingga 31hb Disember 2015$ 1,216,966.72
2Jumlah Kutipan dari mula pelancaran sehingga 31hb Disember 2016$ 3,036,116.91
3Jumlah Kutipan dari mula pelancaran sehingga 31hb Disember 2017$3,250,851.64
 Baki Jumlah Keseluruhan$7,503,935.27

 

Maka baki kutipan keseluruhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam sehingga 31hb Disember 2017 adalah berjumlah $7,503,935.27.

Projek pertama yang dibina menggunakan peruntukan kewangan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam ialah Masjid Ar-Rahman, Kampong Tanjung Bunut, Daerah Brunei dan Muara dengan kos pembinaan yang menelan belanja berjumlah $3.56 juta.

Seterusnya projek kedua yang dibiayai melalui kewangan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam adalah Masjid Ar-Rahim, Kampong Bukit Panggal, Daerah Tutong dengan anggaran peruntukan berjumlah $3 juta.

Oleh yang demikian, jumlah peruntukan projek pembinaan 2 buah masjid baru berkenaan adalah berjumlah $6,560,000.00. Dan jika ditolak peruntukan projek pembinaan tersebut dengan jumlah kutipan $7,503,935.27, maka baki peruntukan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam adalah berjumlah $943,935.27.

Berdasarkan anggaran baki peruntukan kutipan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam berjumlah $943,935.27 tersebut, maka dengan mengambil kira tujuan Tabung Dana ini diwujudkan bahawa hasil kutipan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam akan digunakan bagi membina masjid yang baru, membaik pulih dan menambah bangunan masjid dan keperluannya.

Projek pemeliharaan masjid telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam adalah Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel Mukim Kiudang, Daerah Tutong yang telah mengalami kebocoran dan memerlukan menganti atap dan siling dengan anggaran peruntukan berjumlah $130,000.00.

Statistik Jumlah Kutipan Tabung Dana Masjid Tahun 2018.png 

Pada tahun 2018, Jumlah keseluruhan kutipan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam telah berjaya terkumpul sehingga 31hb Disember 2018 adalah berjumlah  $4,195,516.20.

Maka baki kutipan keseluruhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam sehingga 31hb Disember 2018 adalah berjumlah $ 4,195,516.20.

 

BilKeteranganJumlah ($)
1Jumlah Kutipan dari mula pelancaran sehingga 31hb Disember 2015$ 1,216,966.72
2Jumlah Kutipan dari 1hb Januari sehingga 31hb Disember 2016$ 3,036,116.91
3Jumlah Kutipan dari 1hb Januari sehingga 31hb Disember 2017$ 3,250,851.64
4Jumlah Kutipan dari 1hb Januari sehingga 31hb Disember 2018$ 4,195,516.20
 Baki Jumlah Keseluruhan$ 11,699,451.47