Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSetiausaha Tetap



Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof

Setiausaha Tetap 
 

Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof di Negara Brunei Darussalam lahir pada 12hb April 1963.
Beliau mendapat Ijazah B.A Usuluddin (Tafsir) dari Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1987 dan menerima Kursus LLB Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 2001. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Hajah Nurliyana binti Haji Md ‘Aarif Lim dan dikurniakan sembilan orang cahayamata.

 
Pengalaman Bekerja:
Mula berkhidmat dalam kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 2hb November 1987 sebagai Pegawai Ugama. Dilantik sebagai Kadi Daerah Temburong pada 1hb Mei 1992, Kadi Daerah Belait pada 1hb Januari 1995, Pegawai Ugama Kanan pada 3hb Januari 2000. Menjadi Pendakwa Syarie pada 1hb Januari 2002, penolong Pengarah, Unit Perundangan Islam pada 1hb Januari 2003, Ketua Pendakwa Syar’ie pada 1hb September 2004. Manakala pada 3hb Februari 2006, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri pada 23hb Ogos 2008 dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 1hb Disember 2010 hingga sekarang

 
Pengurniaan:
Di sepanjang perkhidmatannya, Beliau telah dikurniakan pingat-pingat dan bintang-bintang kebesaran oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam iaitu: Bintang Darjah Seri Ugama Negara Brunei Yang Amat Bersinar (Darjah Ke Empat) (SUB) pada 3hb Julai 2004, Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei (SMB) pada 3hb Julai 2007, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 15hb April 2011, Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia (Darjah Ke Tiga) (SNB) pada 15hb Julai 2011 dan Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar (Darjah Ke Dua) (DSSUB) pada 15hb September 2013.