Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Sejarah Penubuhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam

SEJARAH PENUBUHAN TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Majlis Pelancaran TDPM.jpg
HomeButton_TDPM2.png

Semasa Keberangkatan Baginda di Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran  Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1436H/2015M di Dewan Plenary , Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan Titah semasa keberangkatan Baginda ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan 1436H/2015M pada 11 Rejab 1436 bersamaan 30 April 2015 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam, antara lain Baginda  telah mengurniakan Titah berikut :

“Sukacita memaklumkan disini bahawa Beta telahpun memperkenankan Penubuhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid dengan mengikut kaedah dan peraturan yang diperuntukkan mengenainya. Tabung Dana ini akan menjadi wadah kekal bagi orang-orang Islam untuk menabung pahala kerana membina masjid,  ia akan berlaku secara konsisten sebagai satu peluang keemasan bagi orang-orang Islam untuk bertanam saham di akhirat, saham itu sifatnya unik  sehingga tidak terjangkau oleh akal, Manakala Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya “Barangsiapa membina masjid kerana Allah sekali pun hanya seperti sarang burung, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam Syurga”

Inilah janji Allah Subhanahu Wata’ala kepada orang-orang yang membina masjid dan adapun Tabung Dana yang ada ini Insha-Allah akan memungkinkan kita orang-orang Islam di Negara ini untuk berkongsi harapan bagi memperolehi janji tersebut.
 
Adalah Beta difahamkan semua kutipan yang terkumpul akan dimanafa’atkan sebaiknya untuk membina masjid baru termasuk seperti memperbaiki masjid yang sedia ada dan sebagainya.
 
Namun dalam pada itu tanggungjawab kerajaan dalam perkara membina dan mengurus masjid adalah tetap berjalan sebagaimana biasa.”