RANCANGAN PENGGUNAAN
PERUNTUKAN KEWANGAN TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID
NEGARA BRUNEI DARUSALAM
Rancangan Penggunaan Peruntukan Kewangan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam adalah seperti berikut:
Projek pertama yang dibina menggunakan peruntukan kewangan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara
Brunei Darussalam ialah Masjid Kampong Tanjung Bunut, Daerah Brunei dan Muara dengan kos pembinaan
menelan belanja sebanyak $3.56 juta , dan projek ini telah bermula pada 20hb Jun 2017 dan Insya Allah dijangka
siap pada bulan Jun 2018.
Seterusnya projek kedua yang dibiayai melalui peruntukan kewangan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara
Brunei Darussalam ialah Masjid Baru Kampong Bukit Panggal Daerah Tutong dengan anggaran perbelanjaan
sebanyak 3 juta.