Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji dan Pusat Da’wah Islamiah telah mengelolakan satu program dinamakan Program Bicara Haji.
Program Bicara Haji ini menampilkan lima orang penceramah, iaitu:
1) Yang Mulia, Ustaz Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa ( Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah) dengan tajuk '
Penjelasan Kefardhuan Ibadat Haji, Dalil dan Fadhilatnya:
2) Yang Mulia, Ustaz Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohamad Ali (Pegawai Perkembangan Ugama, Jabatan Hal Ehwal Masjid) dengan
tajuk Penjelasan Mengenai Istito'ah:
3) Yang Mulia, Ustaz Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit (Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin UNISSA) dengan tajuk Hikmah Disebalik Penangguhan Haji:
4) Yang Mulia, Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam (Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA) dengan tajuk Penghayatan Ibadat Haji
Dengan Sifat Sabar:
5) Yang Mulia, Ustaz Haji Haslan bin Haji Shahbudin (Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait) dengan tajuk Amalan-Amalan Yang Disunatkan Dari 01 hingga 09
Zulhijjah :
Makluman: * Sila tekan link untuk menonton video penceramah tersebut *
Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat dan diberkati Allah Subhanahu wa Ta'ala. Amin.
Disediakan oleh:
Jabatan Urusan Haji & Pusat Da'wah Islamiah,
Kementerian Hal Ehwal Ugama.
30 Zulkaedah 1441 Hijrah / 22 Julai 2020 Masehi