Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Permohonan Sijil Halal dan Permit Halal

Permohonan untuk mendapatkan Sijil Halal dan/atau Permit Halal adalah mandatori bagi pemilik perniagaan yang berkaitan dengan makanan di Negara Brunei Darussalam. Permohonan Sijil Halal dan/atau Permit Halal bagi produk perubatan bukan oral, produk kosmetik, barang gunaan dan perkhidmatan (logistik) adalah voluntary.


KATEGORI:

  • SIJIL HALAL : Permohonan dikhususkan dan diwajibkan kepada Penyediaan Makanan termasuk Restoran / Kafe; Medan Selera (Food Court);  Dapur Pusat (Central Kitchen).


  • PERMIT HALAL (mengeluarkan produk) : Permohonan dikhususkan dan diwajibkan kepada Penyediaan Makanan di kemudahan pemprosesan makanan termasuk Kilang Pemprosesan Produk Makanan.

NOTA:  

Pemilik hendaklah memastikan Tempat Perniagaan itu mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang Penyelia Halal yang telah diperaku oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) [Bab 4 (1) Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005].


PROSEDUR MEMOHON SIJIL HALAL & PERMIT HALAL

1. Mendapatkan borang permohonan di Kaunter Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) atau di laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), www.kheu.gov.bn.

2. Menyertakan salinan dokumen seperti yang tersenarai di dalam Jadual 1.

3. Mengembalikan borang dan dokumen tersebut ke Kaunter BKMH bagi penelitian.



Jadual 1: Senarai dokumen yang perlu disertakan bagi permohonan Sijil Halal dan Permit Halal.

 

Seterusnya, Pemeriksa/Juruaudit Halal dari BKMH akan:

1. Menjalankan ujian lisan dan bertulis kepada Penyelia Makanan Halal. Jika lulus, penyelia tersebut akan diberi tauliah oleh MUIB.

2. Menjalankan pemeriksaan ke tempat perniagaan termasuklah:
(a) Dokumentasi premis perniagaan.
(b) Makanan untuk tujuan perdagangan.
(c) Proses semua produk (bahan mentah, cara pemprosesan, pengendalian, pengedaran produk dsb).
(d) Peralatan, perkakas, mesin & bahan bantuan pemprosesan.
(e) Tempat penyimpanan, tempat peragaan & tempat penyajian produk.
(f)  Kebersihan, sanitasi & keselamatan makanan.
(g) Pembungkusan, pelabelan, bilik sejuk, pengangkutan dsb.

3. Meneliti/mengambil invois pembelian barang yang diragui.

4. Mengambil gambar bahan-bahan, tempat dsb.

5. Membuat laporan kepada Jawatankuasa Pemeriksaan Sijil Halal & Label Halal (AJKP).


Jawatankuasa Pemeriksaan Sijil Halal & Label Halal (AJKP) akan mengadakan mesyuarat untuk mempertimbangkan permohonan tersebut. Jika disokong, laporan akan dihadapkan kepada MUIB. MUIB akan mengadakan mesyuarat bagi meneliti dan mempertimbangkan laporan permohonan. Jika disokong, Sijil Halal akan dikeluarkan untuk premis tersebut.

 

BAYARAN BAGI SIJIL HALAL, PERMIT HALAL DAN  SIJIL TAULIAH PENYELIA HALAL

JENIS​BAYARAN​TEMPOH SAH
​SIJIL HALAL​BND$ 90.00​3 TAHUN
​PERMIT HALAL
BND$ 50.00 bagi setiap permit​​-
​SIJIL TAULIAH PENYELIA HALAL
​PERCUMA​-


PERHATIAN:

Bagi Perubahan atau penambahan dalam ramuan produk yang telah diberikan Permit Halal, bayaran seperti yang tersebut diatas adalah tidak dikenakan.


Tempat Pembayaran:            

Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB),    

Kementerian Hal Ehwal Ugama,

Negara Brunei Darussalam.

 

Waktu Pembayaran:

HariPagiPetang
Isnin - Khamis8:00 – 11:301:30 – 2:30
Sabtu8:00 – 10:30-

 

Nota:

  • Sijil akan dikeluarkan setelah pemohon membuat pembayaran.
  • Sijil Tauliah bagi Penyelia Makanan Halal hendaklah dikembalikan sekiranya ada perubahan.
  • Sijil yang mansuh hendaklah dikembalikan
  • Sijil yang hilang hendaklah dilaporkan dan bayaran akan dikenakan untuk mengganti sijil.


Carta Alir Prosedur memohon Sijil Halal dan Permit Halal.