Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah

SEJARAH PENUBUHAN

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditubuhkan pada 08 Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 01 Januari 1993 Masehi bersempena dengan Titah Ulangtahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-46 pada 15 Julai 1992 Masehi di Istana Nurul Iman.

"Beta Sukacita Mengumumkan Bahawa Beta Pada Dasarnya Telah Memperkenankan Penubuhan Sebuah Institut Tahfiz Al-Quran Di Negara Ini, Sebagai Sumbangan Peribadi Beta Sendiri. Ianya Akan Terletak Di Bawah Kementerian Pendidikan Sebagai Satu Komplementari Bagi Melahirkan Tenaga Pengajar Yang Hafaz Al-Quran"

 
Pada 28 Syawal 1432 Hijrah bersamaan dengan 02 Januari 2003 Masehi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan supaya Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditadbir oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 
Pada 30 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan dengan 01 Januari 2006 Masehi, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditadbir dibawah Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan mencantumkan kedalamnya semua program dan skim Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, supaya berperanan lebih tepat dengan keperluan professional dari segi pengajian Al-Quran disamping melahirkan rakyat yang hafaz Al-Quran.

 
OBJEKTIF
"Untuk Melahirkan Para Hafiz Al-Quran dan Menjadikan Hafazan Al-Quran Sebagai Satu Kelebihan Bagi Para Pelajar Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Tinggi Sama Ada Dalam Bidang Pengajian Islam Mahupun di Bidang Sains dan Teknologi"