Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Perhubungan Awam

MISI
Mengeratkan dan mempertahankan hubungan di antara Kementerian Hal Ehwal Ugama dan orang awam melalui persefahaman, penerimaan, kepercayaan dan kerjasama.

MATLAMAT
Menyalurkan maklumat yang telus dan tepat mengenai perkhidmatan Kementerian Hal Ehwal Ugama kepada orang awam secara efisyen dan berkesan.

LATAR BELAKANG RINGKAS
Hal ehwal perhubungan awam di Kementerian Hal Ehwal Ugama pada mulanya ditangani oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas di bawah Pejabat Setiausaha Tetap. Pengemaskinian terhadap tugas-tugas berkenaan telah menjurus kepada penubuhan Unit Perhubungan Awam dan Urusetia MABIMS. Pada bulan Mac 1997, Bahagian Ehwal Muslimin telah ditubuhkan yang mengandungi Unit Perhubungan Awam dan Unit MABIMS. Kemudian pada bulan Oktober 1999, Bahagian Hal Ehwal Muslimin telah ditukar nama menjadi Bahagian Perhubungan Awam dan Kemajuan Syi‘ar Islam.

Dengan berkembangnya peranan serta tugas Unit Perhubungan Awam dan Unit MABIMS, maka Bahagian Perhubungan Awam dan Antarabangsa telah ditubuhkan pada 01 Disember 2006. Bahagian ini mengandungi Unit Perhubungan Awam, Unit Antarabangsa dan Unit MABIMS. Pada Januari 2013, Bahagian Perhubungan Awam dan Antarabangsa telah dicorak semula mengikut fungsi utama setiap unit dan hasilnya dijadikan dua Bahagian berasingan.

Setelah melalui pensejajaran misi, matlamat dan tugas-tugas utama, kini Bahagian Perhubungan Awam mempunyai empat fokus skop kerja iaitu Pengurusan Am dan Kewangan; Pengurusan Aduan; Hubungan Media; dan Penggambaran dan Reka Grafik.

STRUKTUR BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM

Struktur BPA.png