Muslimin
yang dirahmati Allah,
BERTAQWALAH kita kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala
dengan sebenar-benar taqwa iaitu dengan meningkatkan keimanan kepadanya. Sesungguhnya
orang yang paling mulia disisi Allah Subhanahu Wata'ala itu ialah orang yang
paling bertaqwa. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang sentiasa mengingati
Allah Subhanahu Wata'ala, beroleh kejayaan dan keselamatan di dunia dan juga di
akhirat.
Jemaah yang dirahmati
Allah,
Agama Islam adalah agama
rahmat merentasi dan melangkaui batas keturunan, warna kulit, bangsa mahupun
kedudukan. Agama Islam yang kita anuti ini tidak pernah membezakan antara yang
kaya dengan yang miskin dan tidak pernah menyisihkan umatnya sama ada yang
dilahirkan sempurna ataupun yang dilahirkan dengan kelainan upaya.
Kerana itu, sehebat mana
pun seseorang itu sama ada dari segi pangkat, keturunan ataupun dari segi paras
rupanya, namun ia bukanlah menjadi kayu pengukur dan penilaian utama disisi Allah
Subhanahu Wata'ala melainkan hati yang ikhlas dan ketaqwaan kehadrat Allah
Subhanahu Wata'ala. Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam
bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan
harta kamu, tetapi Allah memandang kepada hati dan amalan. (Hadis Riwayat Imam
Muslim)
Jemaah yang dirahmati Allah,
Di negara kita Brunei Darussalam, kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penguatkuasaan perintah orang
kurang upaya 2021 dan perintah akta pencen umur tua dan kurang upaya (pindaan)
2021.
Sesungguhnya peruntukan undang-undang itu
merupakan satu tanda rasa penting bagi golongan OKU di Negara Brunei Darussalam
di mana kesejahteraan dan perlindungan OKU telah diberi keutamaan yang tinggi
dalam agenda kebangsaan.
Jemaah yang dirahmati Allah,
Kita selaku masyarakat seharusnya lebih
impati ataupun memahami mengenai cabaran yang berkaitan dengan OKU, ini
memandangkan setiap individu itu memainkan peranan penting dalam memastikan
golongan OKU dikalangan sejahtera menyeluruh.
Justeru, golongan OKU ini hendaklah
difahami, dibantu dan dibimbing supaya mereka berasa dikasihi, derhakai dan tidak
berasa disisihkan oleh masyarakat agar mereka dapat menjalani dan meneruskan
kehidupan ini dengan lebih baik dan lebih sejahtera. Daripada Abdullah
bin Amru Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda
yang bermaksud: Orang-orang yang mengasihi itu akan dikasihi oleh yang Maha
Pengasih, oleh kerana itu, kasihilah siapa yang ada di bumi, nescaya kamu akan
dikasihi oleh yang ada dilangit. (Hadis Riwayat Imam Termizi)
Selain itu, sebarang stigma mahupun
sangkaan buruk terhadap golongan OKU di kalangan masyarakat kita perlu dikikis
kerana kita harus menyedari bahawa golongan OKU juga berkeupayaan untuk menimba
ilmu dan hidup berdikari dalam komuniti.
Jemaah yang dirahmati Allah,
Bulan Disember adalah bulan bagi
memperingati golongan kelainan upaya bukan sahaja di Negara Brunei Darussalam
malahan juga bagi memperingati golongan OKU di seluruh dunia.
Alhamdulillah, Negara Brunei Darussalam
adalah sebuah negara yang senantiasa mengelinga seluruh lapisan rakyatnya
apatah lagi terhadap golongan OKU. Justeru, pada setiap 3 Disember, kita di
Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Antarabangsa orang kelainan upaya
sebagai tanda penghargaan di atas inisiatif-inisiatif dan pencapaian OKU dalam
perkembangan serta penglibatan dan sumbangan mereka dalam masyarakat dan juga
negara.
Selain itu, sambutan ini juga diadakan
sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap cabaran-cabaran
dalam kehidupan yang dihadapi oleh golongan OKU disamping memperingatkan kita
bahawa mereka juga adalah elemen penting dalam perkembangan masyarakat dan
negara. Tema bagi Sambutan Hari Antarabangsa orang kelainan upaya pada tahun
ini adalah “Kepimpinan Dan Penyertaan Orang Kurang Upaya (OKU) Ke Arah Dunia
Pasca COVID-19 Yang Eksklusif, Boleh Diakses dan Mampan.”
Semoga dengan adanya Sambutan Hari
Antarabangsa Orang Kelainan Upaya ini, ia dapat memberikan pencerahan dan
kesedaran kepada masyarakat umum mengenai tanggungjawab kita dalam menyantuni
setiap golongan OKU di mana saja mereka berada terutamanya di Negara Brunei
Darussalam. Disamping itu, marilah kita senantiasa memupuk rasa syukur di dalam
jiwa dan sanubari kita atas segala nikmat yang telah Allah Subhanahu Wata'ala kurniakan kepada kita semua.
Surah Ibrahim ayat 7
tafsirnya:
“Dan (ingatlah) ketika
Tuhan kamu memberitahu (dengan sejelas-jelasnya): Demi sesungguhnya jika kamu
bersyukur (terhadap segala nikmatKu) tentu Aku akan menambah nikmat itu kepada
kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur (terhadap nikmat itu) maka
sesungguhnya azabKu sangat keras.”