Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS WANITA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1441 HIJRAH / 2019 MASIHI

Bagi menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam di negara ini, khususnya dalam suasana menyambut Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam setiap tahun, Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1441 Hijrah/2019 Masihi akan diadakan pada hari Khamis, 24hb Rabiulawal 1441 Hijrah bersamaan 21hb November 2019 Masihi, bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Diantara pengisian majlis ialah Persembahan Bacaan Al-Quran; Persembahan Pengajaran dari Al-Quran; Ceramah Khas dan Persembahan Dikir Marhaban.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir bagi sama-sama menyemarakkan Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1441 Hijrah/2019 Masihi bertempat di Dewan Plenary Pusat, Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam mulai jam 8.00 pagi.

Sama-samalah memperbanyakkan selawat serta salam ke atas baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan semoga kita semua akan mendapat rahmat Allah Subhanahu Wataala dan mendapat syafa’at baginda Shallallahu Alaihi Wasallam.

Tema bagi Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1441 Hijrah/2019 Masihi ialah ‘Meneladani Mu’amalat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam’

Attachments