Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

TINJAUAN MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDU MAGHRIB DAN ISYA BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL DAN DO’A KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGNIDA SULTAN DAN YANG DI PERTUAN NBD

TINJAUAN MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDU MAGHRIB DAN ISYA BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL DAN DO’A KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-72, TAHUN 2018M



KIARONG, Rabu, 11hb Julai 2018M–Bagi memastikan acara berjalan lancar, Jawatankuasa Kerja Acara Keugamaan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isya Berjemaah, Membaca Surah Yaasin, Tahlil dan Do’a Kesyukuran Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha MUlia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke 72, Tahun 2018M telah membuat tinjauan bagi acara tersebut petang tadi bertempat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

Hadir dalam tinjauan tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke 72, Tahun 2018M; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

Acara kemuncak akan berlangsung pada petang hari Sabtu, 02 Zulkaedah 1439M bersamaan 14hb Julai 2018M, bertempat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah kampong Kiarong.

Sehubungan dengan itu juga, Jawatankuasa Kerja Acara Keugamaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-72 Tahun mengalu-alukan seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam untuk hadir ke semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utamanya di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Kampong Kiarong pada jam 5.45 petang, di samping beberapa buah masjid yang juga dijadikan sebagai tumpuan mengikut daerah-daerah seperti berikut:

Daerah Brunei Muara

. Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

. Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Mentiri

. Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong

. Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop

. Masjid Sultan Sharif Ali, Kampong Sengkurong

. Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampong Sungai Kebun

. Masjid Setia Ali, Pekan Muara

. Masjid Perpindahan Negara Lambak Kanan  

Daerah Belait

. Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait

. Masjid Perpindahan Negara Kampong Pandan, Kuala Belait

. Masjid Pekan Seria, Daerah Belait

Daerah Tutong

. Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong

Daerah Temburong

. Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar

Bagi kemudahan orang ramai yang akan hadir ke Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Kampong Kiarong, Jawatankuasa Kerja Acara Keugamaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-72 Tahun telah menyediakan tempat letak kereta tambahan dengan pengangkutan shuttle bus secara percuma mulai jam 4.30 petang dan akan menghantar balik selepas selesai acara hingga jam 8.30 malam. Empat lokasi pengangkutan shuttle bus telah ditetapkan seperti berikut;

1. Kawasan Letak Kereta, Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

2. Kawasan Letak Kereta Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

3. Kawasan Letak Kereta, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Lapangan Terbang Lama Berakas.

4. Kawasan Letak Kereta, Jabatan Pengangkutan Darat, Beribi Gadong.  

Attachments