Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA 1439H/2018M

BERAKAS, Ahad, 8hb Julai 2018M–Meskipun Bulan Syawal hampir ke penghujungnya, namun sambutan Hari Raya Aidilfitri terus disemarakkan oleh pelbagai pihak. Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya juga tidak ketinggalan dalam meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis diadakan bertempat di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan Baru, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Khas di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Datin.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan doa dipimpim oleh Yang Mulia Awang Haji Zamery bin Haji Nayan, Pegawai Pelajaran Ugama, Jabatan Pengajian Islam dan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Awang Haji Abd. Rajid bin Haji Mohd. Salleh, Pemangku Pengarah Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA berucap di majlis tersebut


Acara diteruskan dengan Persembahan Tausyeh dari Kumpulan Sautudz Dzahabiati, Skim Tilawah Al-Quran Remaja, Bandar Seri Begawan dan tayangan video Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama tahun 1438H/2017M yang lalu.

Disamping menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam di negara ini, khususnya di peringkat kementerian, majlis ini merupakan salah satu kegiatan sosial berkebajikan warga Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengeratkan hubungan silaturrahim yang lebih mesra dan harmoni sesama warga Kementerian Hal Ehwal Ugama serta, menerapkan nilai-nilai yang lebih positif dalam hubungan kekeluargaan.

Di majlis berkenaan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan isteri, Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan isteri, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jemputan-Jemputan Khas serta pegawai-pegawai kanan berkesempatan beramah mesra bersama Pegawai dan Kakitangan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Hal Ehwal Ugama ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan isteri; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan isteri; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang dan isteri; Jemputan-Jemputan Khas, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Gambar kenangan sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Hal Ehwal Ugama


Next
Attachments