Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT WANG TUNAI KEPADA ASNAF FAKIR MISKIN MENJELANG HARI RAYA TAHUN 1439H/2018M

Seria, Isnin, 04 Jun 2018–Sejumlah $24,360.00 (Dua Puluh Empat Ribu Tiga Ratus dan Enam Puluh Ringgit) telah diserahkan kepada 79 ketua keluarga dan tanggungannya (49 lelaki dan 30 perempuan) yang terdiri daripada Asnaf Fakir dan Miskin yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid selaku Ahli Jawantankuasa Mengeluarkan Wang Zakat, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Negara Brunei Darussalam.

Wang tunai berkenaan diserahkan semasa Majlis Penyampaian Agihan Zakat Wang Tunai Kepada Asnaf Fakir Miskin Menjelang Hari Raya Tahun 1439H/2018M yang berlangsung di Masjid Lorong Tiga Selatan, Seria, Negara Brunei Darussalam. Kesemua wang tunai diambil daripada Peruntukkan Kumpulan Wang Zakat Fitrah dan Zakat Harta yang dikutip pada tahun 1438H/2017M.

Pada Tahun ini, sebanyak $1,173,950.00 (Satu Juta Satu Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu dan Sembilan Ratus Lima Puluh Ringgit Sahaja) telah diperuntukkan kepada 6,551 orang penerima yang terdiri dari asnaf fakir dan miskin diseluruh negara dan peruntukkan ini diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Fitrah dan Zakat Harta yang dikutip pada tahun 1438H/2017M.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya agihan Zakat ini akan dapat meringankan beban Asnaf Fakir dan Miskin serta dapat menampung perbelanjaan menjelang Hari Raya yang bakal tiba. Disamping mendidik untuk lebih berjimat cermat dan dengan harapan semoga para Asnaf Fakir Miskin sekeluarga akan sentiasa taat menunaikan perintah Allah Subhanahu Wataala dan menjauhi segala laranganNya.

Attachments