Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PEGAWAI –PEGAWAI DAN GURU-GURU UGAMA BAHAGIAN IRK SEMPENA NUZUL AL-QURAN (BULAN RAMADHAN) TAHUN 1439H / 2018M

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 02 Jun 2018–Majlis Khatam Al-Quran sempena Nuzul al-Quran di bulan Ramadhan merupakan rancangan kerja tahunan Bahagian IRK (Institusi Pengajian) Jabatan Pengajian Islam bagi pegawai-pegawai dan guru-guru Ugama Sekolah-sekolah Rendah Kerajaan, Sekolah Menengah, Sekolah Swasta dan Sekolah Teknikal dan Vokasional seluruh negara. Majlis bertempat di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri  Amal Umi Kalthum  Al-Islam, Kampong Mulaut, Brunei IV bermula jam 09.15 pagi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Ustazah Hajijah binti Haji Moktal.

Seramai 636 orang terdiri dari pegawai-pegawai dan guru-guru Ugama IRK (233 orang lelaki dan 403 orang perempuan) seluruh negara menyertai majlis berkenaan.

Tujuan majlis diadakan ialah guru-guru sentiasa mengamalkan membaca al-Quran sebagai budaya aktiviti dalam kehidupan seharian, memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini, meningkatkan minat dan kesadaran guru-guru untuk terus membaca seterusnya dapat  mengkhatamkan al-Quran sepanjang Ramadhan. Disamping itu untuk merapatkan hubungan silaturrahim, kemesraan dan keakraban diantara warga IRK dan dapat mengimarahkan bulan Ramadhan dengan melakukan amalan-amalan sunat disamping menjalankan tugas.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis diikuti dengan bacaan surah ad-Dhoha hingga surah al-Masad diketuai oleh Yang Mulia Cikgu Awang Narudin bin Lamit. Bacaan Takhtim diketuai oleh Yang Mulia Cikgu Maryati binti Awang Daud. Doa Khatam dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Awang Mohammad Hafizuddin bin Awang Masri. Dikir Asyaraqal oleh semua guru-guru dan majlis diakhiri dengan bacaan Doa Sultan dan Doa Selamat.

Attachments