Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENGISLAMAN SEORANG LELAKI BERBANGSA IBAN

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

TEMBURONG, Jumaat, 19 Syawal 1443H bersamaan 20 Mei 2022M–Majlis Pengislaman seorang lelaki berbangsa Iban telah berlangsung hari ini di sebuah rumah persendirian, di Kampong Lepong Lama, Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar, Pemangku Pengarah Pusat Da’wah Islamiah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya melafazkan dua kalimah syahadah oleh Awang Ale Miller anak Epol, 23 tahun, yang memilih nama Islamnya sebagai Daniel Rizqin bin ‘Abdur Rahim.

Majlis Pengislaman disempurnakan di hadapan pegawai-pegawai dari Unit Da’wah Daerah Temburong.  Diikuti dengan penyerahan cenderahati yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis dan kemudiannya menabur bunga rampai dan dikir marhaban. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh pegawai dari Unit Da’wah Daerah Temburong.

Mengikut statistik keramaian orang yang telah memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam sepanjang tahun 2020 secara keseluruhannya seramai 436 orang dan sepanjang tahun 2021 seramai 356 orang.  Manakala sejak awal tahun 2022 hingga Mei 2022 ialah 127 orang.

 

Attachments