بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
PULAIE, Khamis, 18 Syawal 1443H bersamaan
19 Mei 2022M–Pusat Da’wah Islamiah melalui Bahagian
Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) telah mengadakan Majlis Penutup Skim
Bimbingan Musabaqah Murattal Al-Qur’an Dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Beserta
Pemahamannya Bagi Muallaf Senegara pada hari ini di Dewan Persidangan, Pusat
Da’wah Islamiah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul
Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa Peliharakan Sultan oleh Ustaz Hj Muhammad
Abid bin Hj Mat Ali. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dari tetamu
kehormat majlis dan diikuti dengan Penyampaian Cenderahati kepada
fasilitator-fasilitator, tenaga pengajar dan peserta-peserta Skim Musabaqah.
Program ini diadakan selama dua hari
iaitu pada hari Rabu dan Khamis, 17 hingga 18 Syawal 1443H bersamaan 18 hingga
19 Mei 2022M sebagai persediaan sebelum Musabaqah Peringkat Daerah diadakan.
Seramai 100 orang telah mrnghadiri
program ini yang terdiri daripada
guru-guru Kelas Bimbingan Muallaf dan peserta-peserta dari keempat-empat
daerah yang telah berjaya pada sesi Uji Cuba dan melayakkan diri untuk mara ke
Musabaqah Peringkat Daerah.
Antara objektif program ini ialah untuk
memberi pendedahan kepada para peserta melalui sesi perkongsian pengalaman dari
para pembimbing. Disamping itu, meningkatkan pengetahun para peserta mengenai
kaedah-kaedah bacaan dan lagu-lagu al-Qur'an serta memberi fokus terhadap
kekuatan dan kelemahan dalam bacaan al-Qur’an.
Program ini di harap akan dapat
meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan para Muallaf tentang kaedah
pembacaan Al-Qur’an yang betul di samping memperkasa para muallaf dalam bidang
pembacaan al-Qur’an dan menghafaz ayat-ayat lazim al-Qur’an dan menjadikannya
sebagai rutin dan amalan seharian.



