Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

SKIM BIMBINGAN MUSABAQAH MURATTAL AL-QURAN DAN MENGHAFAZ AYAT-AYAT LAZIM BESERTA PEMAHAMANNYA

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

PULAIE, Rabu, 17 Syawal 1443H bersamaan 18 Mei 2022M–Pusat Da’wah Islamiah melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) telah mengadakan Skim Bimbingan Musabaqah Murattal Al-Qur’an Dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Beserta Pemahamannya selama dua hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis, 17 hingga 18 Syawal 1443H bersamaan 18 hingga 19 Mei 2022M bertempat di Dewan Persidangan dan Bilik Serbaguna, Pusat Da’wah Islamiah.

Program ini dilaksanakan sebelum Musabaqah Peringkat Daerah diadakan dan telah disampaikan oleh dua orang fasilitator jemputan iaitu Ustaz Haji Mohamed Noor bin Haji Ibrahim/Brahim, Pegawai Pelajaran, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan bagi Musabaqah Murattal Al-Qur’an dan Dr. Ahmad Baha bin Mokhtar, Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Berserta Pemahamannya.

Seramai 100 orang telah mrnghadiri program ini yang terdiri daripada  guru-guru Kelas Bimbingan Muallaf dan peserta-peserta dari keempat-empat daerah yang telah berjaya pada sesi Uji Cuba dan melayakkan diri untuk mara ke Musabaqah Peringkat Daerah.

Antara objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para peserta melalui sesi perkongsian pengalaman dari para pembimbing. Disamping itu, meningkatkan pengetahun para peserta mengenai kaedah-kaedah bacaan dan lagu-lagu al-Qur'an serta memberi fokus terhadap kekuatan dan kelemahan dalam bacaan al-Qur’an.

Program ini di harap akan dapat meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan para Muallaf tentang kaedah pembacaan Al-Qur’an yang betul di samping memperkasa para muallaf dalam bidang pembacaan al-Qur’an dan menghafaz ayat-ayat lazim al-Qur’an dan menjadikannya sebagai rutin dan amalan seharian.

Majlis Penutup Skim Bimbingan Musabaqah dan Penyampaian Sijil kepada para peserta akan berlangsung pada hari kedua skim bimbingan diadakan. Penyerahan sijil disampaikan oleh Yang Mulia Abd Aziz bin Hj Abd Kahar, Pemangku Pengarah Pusat Da’wah Islamiah selaku Tetamu Kehormat Majlis  pada majlis berkenaan.

 

Attachments