Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG PEREMPUAN BANGSA FILIPINA (DAYANG GRETCHEN ABECILLA ALELUYA)

PULAIE, 19 Zulhijjah 1442H bersamaan 30 Julai 2021M, Jumaat-Majlis Pengislaman Bagi Seorang Perempuan Bangsa Filipina (Dayang Gretchen Abecilla Aleluya) telah berlangsung di  Bilik Al-Muhtadiin, Bangunan Darul Huda, Pusat Da'wah Islamiah.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Abd Aziz bin Haji Abd Kahar, Penolong Pengarah, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah, diikuti dengan lafaz ikrar Islam (dua kalimah syahadah) oleh Dayang Gretchen Abecilla Aleluya, 34 tahun, dan beliau memilih nama Islamnya sebagai Najiah Saniyah binti Abdullah. Majlis disempurnakan di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Da’wah (Pengislaman), Pusat Da’wah Islamiah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada muallaf berkenaan. Penyampaian disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Majlis diserikan lagi dengan dikir marhaban dan menabur bunga rampai kepada yang diraikan, dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

Mengikut statistik keramaian memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam sepanjang tahun 2020, ialah seramai 436 orang. Manakala keramaian yang telah memeluk ugama Islam di Negara Brunei Darussalam sejak awal tahun 2021 hingga 26 Julai 2021 ialah seramai 231 orang.



Attachments