Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

EKSPO SOUQ AL-QUDWAH 2.0 HARI KE DUA

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 19hb. Zulhijjah 1442M bersamaan 30hb. Julai 2021M-Pameran dan jualan-jualan di Ekspo Souq Al-Qudwah diteruskan lagi hari ini dengan sesi Taklimat bersama dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Taklimat yang diadakan pada sebelah petang itu bertajuk Perkhidmatan Perbankan Korporat dan Pembiayaan Keusahawanan, Perancangan Kewangan Islam dan Perkhidmatan dan Produk Takaful.

Antara lain pengisian ekspo pada hari itu ialah sesi kongsisama bersama dengan muallaf, bacaan Asma ul-Husna dan Zikir-Zikir dan Persembahan Tausyeh dari Kumpulan ‘Al-Inayah’.

Objektif ekpso ini dianjurkan ialah bagi memberikan peluang kepada para usahawan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada umum dan memberi peluang sekaligus meningkatkan mutu dan kualiti untuk menjadi usahawan berjaya.

Antara usahawan-usahawan yang turut menyertai ekspo jualan ialah Ahli-Ahli Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ), Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dan INSAF.

Ekspo Souq Al-Qudwah 2.0 ini diadakan di The Atrium, Airport Mall, Berakas yang diungkayahkan oleh Pusat Da’wah Islamiah dengan sokongan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) berlangsung selama 4 hari dari 29 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021.

Attachments