
Bandar Seri Begawan, Khamis 25 Sya'aban
1442H bersamaan 08 April 2021M-Masjid Omar 'Ali Saifuddien telah
menerima kunjungan lawatan dari The Right Honourable Dominic Raab MP, First
Secretary of State and Secretary of State for Foreign, Commonwealth and
Development Affairs, United Kingdom dan rombongan pada pagi hari ini.
Mengalu-alukan ketibaan The Right
Honourable dan rombongan ialah Yang Mulia Haji Amir Hisham bin Haji Masri,
Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid; Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murat,
Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien; Yang Mulia Haji Mohammad Albi bin Haji
Ibrahim, Ketua Bahagian Antarabangsa dan MABIMS dan Yang Mulia Awang Ariffin
bin Dato Paduka Haji Abu Bakar, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian
Hal Ehwal Ugama.

