Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN TAULIAH KEPADA AMIL-AMIL SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 1442H-1443H/2021M-2022M

KILANAS, KHAMIS, 25hb. Syaaban 1442H bersamaan 08hb. April, 2021M–Jabatan Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Penyampaian Tauliah Amil Zakat Fitrah Dan Harta Kepada Amil-Amil Yang Dilantik Seluruh Negara Bagi Tahun 1442H-1443H bersamaan 2021M-2022M bertempat di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas, Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Naib Yang DiPertua Majllis Ugama Islam, Brunei. Yang Mulia Tetamu Kehormat juga menyampaikan ucapan nasihat dan seterusnya menyerahkan tauliah kepada amil-amil yang dilantik.


Terdahulu dari itu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia, Awang Haji Hamzah bin Haji Sabtu, Penolong Setiausaha Majlis Ugama Islam, Brunei.

Turut hadir di Majlis Penyampaian tersebut ialah Pengarah-Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai daripada Jabatan Majlis Ugama Islam, serta pegawai-pegawai daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pegawai Bomba dan Penyelamat.

Sejak berkuatkuasanya Peraturan Zakat dan Fitrah 1969 ini, Majlis Ugama Islam telah melantik Amil-Amil yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Masjid, Imam-Imam, Bilal-Bilal, Ketua-Ketua Kampong, Guru-Guru Ugama, Pegawai-Pegawai Beruniform daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei, Pegawai Bomba dan Penyelamat serta Kakitangan Kerajaan yang bersesuaian.

Pada tahun ini seramai 349 orang amil telah dilantik bagi 140 kawasan tempat mengutip zakat di seluruh negara iaitu Daerah Brunei dan Muara seramai 203 orang amil bagi 79 kawasan, Daerah Belait seramai 24 orang amil bagi 15 kawasan, Daerah Tutong seramai 51 orang amil bagi 29 kawasan dan Daerah Temburong seramai 26 orang amil bagi 13 kawasan. Manakala di Jabatan Majlis Ugama Islam telah dilantik seramai 45 orang amil bagi ke empat-empat daerah mengutip zakat yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

Tempat-tempat pengutipan dan pembayaran zakat dilakukan di Masjid-Masjid, Surau-Surau, Balai-Balai Ibadat, Rumah-Rumah Amil (terdiri daripada Ketua-Ketua Kampong yang berkenaan), di Pejabat Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, Jabatan Majlis Ugama Islam, Daerah Brunei Muara dan di cawangan-cawangan Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat di pejabat-pejabat Hal Ehwal Ugama di daerah-daerah Belait, Tutong dan Temburong. Selain itu, Institusi-Institusi Kewangan Islam seperti Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) juga telah sedia ada dilantik sebagai amil khusus bagi mengutip zakat harta sahaja iaitu bagi penyimpan di institusi-institusi kewangan.

Pada 05hb. April, 2021M yang lalu, Majlis Ugama Islam Brunei telah memperkenalkan satu alternatif baru bagi pembayaran zakat fitrah iaitu perkhidmatan pembayaran zakat fitrah secara online. Perkhidmatan tersebut adalah merupakan kerjasama antara Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Datastream Digital Sdn Bhd (DST) dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Perkhidmatan tersebut diharapkan akan memudahkan lagi masyarakat Islam di negara ini untuk menunaikan kewajiban membayar zakat fitrah mereka. Orang ramai akan dapat menggunakan dua kaedah pembayaran zakat fitrah secara online iaitu melalui BIBD

QuickPay dan melalui sistem perkhidmatan eZakat DST. Perkhidmatan berkenaan akan dapat digunakan mulai 1 Ramadhan sehingga 28 Ramadhan 1442 Hijrah.

Statistik kutipan zakat fitrah dan harta serta keramaian orang yang berzakat pada tahun 1441H/2020M berbanding dari tahun 1440H/2019M.

ZAKAT FITRAH

TAHUNJUMLAH ZAKATKERAMAIAN
1440H / 2019M$980,254.22347,208 ORANG
1441H / 2020M$977,815.59346,103 ORANG
Peningkatan %-0.25 %-0.32%

 

ZAKAT HARTA

TAHUNJUMLAH ZAKATKERAMAIAN
1440H /2019M$17,312,345.605,096 ORANG
1441H / 2020M$16,962,896.455,678 ORANG
Peningkatan %-2.02%11.42%

 


 

 

Attachments