Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PROGRAM CELIK KEWANGAN CABARAN 6 BULAN IDDIKHAAR (MENABUNG)

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25hb. Sya’ban 1442H bersamaan 08hb. April 2021M–Program Celik Kewangan Cabaran 6 Bulan Iddikhaar (Menabung) adalah salah satu program usaha Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), Jabatan Pengajian Islam anjuran Bahagian Pentadbiran 1 & 2 Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah. Program ini adalah julung kalinya diadakan yang melibatkan  Pelajar PRA U 1 seramai 423 orang.

Program bertempat di Dewan Al-Azkiya Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah pagi tadi.

Hadir selaku tetamu khas majlis Yang Mulia Ustazah Pengiran Hajah Radiah binti Pengiran Haji Md Tahir, Pemangku Pengetua  Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.

Program dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Muhd Faizal Lutfi bin Abdul Wahid. Kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Pemangku Pengetua. Seterusnya pelancaran Cabaran 6 bulan Iddikhaar (Menabung) oleh Pemangku Pengetua. Majlis diteruskan dengan penyerahan Journal kepada Mentor, dan seterusnya Taklimat Smart Money Habits daripada Pegawai AMBD Yang Mulia Awangku Muhammad Fadhli bin Pengiran Sulaiman; dan aktiviti mencipta tabung.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendidikan pengurusan kewangan serta meningkatkan tahap celik kewangan; membarigakan kepentingan dan menerapkan budaya menabung; dan menanamkan nilai-nilai murni seperti sikap berjimat cermat, berdisplin dan mengelakkan pembaziran dikalangan pelajar.

Attachments