TUTONG, Selasa, 04 Rejab 1442H bersamaan
16 Februari 2021M-Seorang wanita, berbangsa Dusun, dari
Kampung Lamunin, memeluk agama Islam, hari ini, sebagai pegangan hidup
baharunya.
Majlis Pengislaman bagi Dayang Reena
Azreenie binti Redo, yang memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Qaireena
Afeeya binti Redo, berlangsung di Pejabat Unit Da'wah, Daerah Tutong.
Majlis pengislaman tersebut dimulakan
dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz ikrar Islam dua kalimah
syahadah di hadapan pegawai dan kakitangan Bahagian Pengembangan Da'wah, Unit
Da'wah Daerah Tutong, Pusat Da'wah Islamiah.
Acara diteruskan dengan penyampaian
cenderahati kepada saudara baharu berkenaan, disampaikan oleh Penguasa Loji
Rawatan Air Layong, Awang Yunos bin Haji Ismail.
Beliau bertugas di Loji Rawatan Air
Layong mempunyai empat adik beradik, antaranya juga sudah memeluk agama Islam.
Mengikut statistik keramaian orang yang
memeluk agama Islam, di Negara Brunei Darussalam sejak awal tahun 2021 ialah
seramai 46 orang, manakala pada tahun 2020, keseluruhannya ialah 436 orang, dan
sepanjang tahun 2019 pula ialah 349 orang.
Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua
Bahagian Da'wah, Daerah Tutong, Awang Muhammad Za'im bin Awang Haji Ali.