Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS KONVOKESYEN KESEPULUH KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1442H/2020M

BANDAR SERI BEGAWAN, 23hb. November 2020M, Isnin–Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan Ijazah kepada seramai 251 orang graduan Sarjana Perguruan Ugama, Sarjana Muda Perguruan Ugama, Diploma Lanjutan dan Diploma pada Majlis Konvokesyen Kesepuluh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Majlis Konvokesyen berlangsung pagi tadi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar’ie dan Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Perarakan keberangkatan Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan didahului dengan pengusungan mushaf Al-Qur’an yang dibawa masuk oleh Yang Mulia, Awang Mohd. Adi Yusnira bin Haji Johari, penulis mushaf Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ke dalam dewan.

Majlis diteruskan dengan lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan bacaan surah al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Majlis diikuti dengan bacaan surah al-Muddatstsir, ayat 1 hingga 16 beramai-ramai oleh para graduan Konvokesyen Kesepuluh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan 1442H / 2020M. dalam intisari ayat yang dibacakan oleh Yang Mulia Abdul Hadi Nasrullah bin Ashraf, Mahasiswa Program Sarjana Muda Perguruan Ugama menjelaskan “bahawa Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan semua orang Islam untuk segera bangun memberi peringatan kepada manusia untuk menyembah dan mengagungkan Allah Subhanahu Wata’ala kerana sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala yang mengurniakan harta kekayaan dan anak pinak yang banyak kepada hambanya serta memudahkan mereka mendapatkan kekayaan dan kekuasaan itu, namun kebanyakkan manusia selalu bersifat tamak, degil dan ingkar”.

Majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Yang Mulia Dr. Haji Adenan bin Haji Basar; Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan berkenaan mengurniakan titah.

Majlis diteruskan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan berkenan menyempurnakan Pengurniaan Ijazah kepada 251 orang graduan mengikut bidang masing-masing iaitu seorang  graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana Perguruan Ugama dalam Kajian Ahli Sunnah Waljama’ah, 16 orang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana Perguruan Ugama Dalam Pendidikan Islam, 2 orang graduan dalam Program Sarjana Perguruan Ugama (Usuluddin), 31 orang graduan dalam Program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah, 6 orang graduan dalam Program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua), 2 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama Dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Dakwah dan Kepimpinan. 10 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama Dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Falsafah dan Pemikiran Islam, 13 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Fiqh Usrah, 10 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Inovasi dan Teknologi Pendidikan Islam, 7 orang graduan program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Keusahawanan Dalam Pendidikan Islam, 15 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Kewangan Islam, 15 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, 15 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, 15 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Pendidikan Khas (Masalah pembelajaran), 14 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Pendidikan Melayu Islam Beraja, 7 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Pendidikan Sains Kesihatan, 2 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Pendidikan Seni Islam, 11 orang graduan Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dengan minor dalam Pengajian Al-Qur’an dan Al-Sunnah, 57 orang graduan Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam dan 2 orang graduan dalam Program Diploma Pengajian Kitab Turath.

Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Perguruan Ugama di Negara Brunei Darusalam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertanggungjawab melahirkan pendidik dan pemimpin bertaqwa, berwibawa, berakhlak mulia, berdaya saing, berpengetahuan, berfikiran terbuka, berkemahiran tinggi dan komited. Oleh itu, setiap pelajar yang akan menjadi pendidik dipastikan untuk mendapatkan seluruh ilmu, adab dan kemahiran yang diwajibkan bagi memenuhi keperluan abad ini dan sentiasa bersedia dengan segala perubahan dengan sentiasa memegang kukuh ajaran agama Islam iaitu berpandukan Ahli Sunnah Waljama’ah dan menjaga Falsafah Negara, Melayu Islam Beraja.

Selesai pengurniaan ijazah, Yang Mulia Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan menyembahkan penerima-penerima Anugerah Ra’es dan Hadiah-Hadiah Dekan.

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

 

 

Attachments