Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-74, TAHUN 2020 BAGI WARGA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20hb Julai 2020M–Bagi melahirkan tanda syukur atas kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seterusnya merafakkan doa ke hadrat Allah Subahanahu wa Ta’ala semoga Baginda dilanjutkan usia, sihat afiat dan kekal karar memerintah negara, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya pagi tadi telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-74, Tahun 2020 yang berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.  

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.  

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Pengiran Anak Dr. Haji Amiruddin Alam Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Bahagian Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama; Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai-Pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan membaca surah Yasiin dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kuncang, Pegawai Masjid Omar Ali Saifuddien. Kemudian diikuti dengan bacaan doa kesyukuran dibacakan oleh Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murat, Penguasa Masjid Omar Ali Saifuddien.  

Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Begawan Mudim Haji Matassan bin Haji Metussin, Pegawai Masjid Omar Ali Saifuddien.


Attachments