Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PEMBINAAN MASJID NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Bandar Seri Begawan, Khamis, 14 Mei 2020,-Sambutan dan sumbangan serta penerimaan orang ramai terhadap Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam adalah sangat menggalakkan. Sehingga Mac 2020, secara keseluruhannya sebanyak BND$11,472,348.61 telah berjaya di kutip dari pelbagai mekanisme.

Sebanyak BND$142,726.00 telah berjaya di kutip melalui penerimaan sumbangan perkhidmatan pesanan ringkas SMS Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam yang dibukakan selama 60 hari mulai 24 Oktober 2019 sehingga 22 Disember 2019.

Yang Mulia Awang Radin Sufri Radin Basiuni, Chief Executive Officer, Datastream Digital Sdn. Bhd. telah menyerahkan sebanyak BND$126,307.00 yang berjaya di kutip melalui Datastream Digital Sdn. Bhd. dan Yang Mulia Nurul Haniah binti Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn. Bhd. menyerahkan sebanyak BND$16,419.00  yang berjaya dikutip melalui Progresif  Sdn. Bhd.

Hadir dan seterusnya menerima hasil kutipan SMS Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengutipan Dan Pengeluaran Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Darussalam. Majlis tersebut berlangsung di Bilik Dhiafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Di majlis berkenaan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama juga menerima sumbangan daripada Datastream Digital Sdn. Bhd. berjumlah BND$5000.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Radin Sufri Radin Basiuni, Chief Executive Officer, Datastream Digital Sdn. Bhd.

 

Attachments