Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

LAWATAN KERJA JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK KE KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA DAN JABATAN KEHAKIMAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12hb Februari 2020M,-Rombongan dari Bahagian Kemajuan Keluarga Islam Bahagian Pendakwaan Syariah, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ketibaan Rombongan dialu-alukan oleh yang Mulia, Awang Haji Abdul Rahman bin Matzin, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Dr. Noryati binti Haji Ibrahim,  Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Syariah dan beberapa pegawai dari jabatan ini.


Sejurus ketibaan, rombongan diberi taklimat mengenai Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammaad Hanif bin Haji Shaari, Pemangku Ketua Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga.

Lawatan yang dijadualkan selama dua hari bermula 12hb Februari 2020M hingga 13hb Februari 2020M bertujuan bagi mengadakan perbincangan dua hala mengenai isu-isu berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga.

Rombongan tersebut diketuai oleh Yang Mulia, Haji Mahiden bin Haji Sah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendakwaan Syariah, Jabatan Agama Islam Sarawak fan disertai seramai 8 orang pegawai Jabatan Agama Islam Serawak.

Antara tujuan lain lawatan tersebut ialah membincangkan dan mencarai penyelesaian isu-isu perkahwinan, Perceraian dan Ruju' diantara dua buah negara, penyampaian isu dan status kelahiran anak perkahwinan campur/sivil serta mengenalpasti dan menyelaras arahan amalan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' serta persefahaman di antara dua pihak berhubung perlaksanaan saman, waran tangkap dan prosedur-prosedur berkaitan yang melibatkan pihak-pihak kedua buah negara.



Attachments