Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SARINGAN KEBANGSAAN TAHUN 1441 HIJRAH

ONG SUM PING, Selasa, 14hb Januari 2020M-Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS bagi menyemarakkan Hari-Hari Kebesaran Islam dan ia merupakan pengisian dalam aturcara Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara yang diadakan setiap tahun.

Musabaqah Peringkat Saringan pada tahun ini akan dijalankan secara tertutup di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS Blok 2H Tingkat  8, (2H8:04), Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam bermula hari ini hingga hari Khamis, 23 Januari 2020M.

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya ini dibahagikan kepada 5 kategori seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu Kategori A, B, C, D dan E.

Kategori 'A' Terbuka kepada peserta yang berumur 13 tahun ke bawah yang lahir pada  01 Mei 2007 dan selepasnya. Mereka tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'A' sebanyak 2 kali berturut-turut dan bukan terdiri dari penuntut Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negeri semasa mendaftar dan menghantar borang permohonan.

Kategori A akan menghafaz surah-surah Pilihan dari Juz 30 iaitu Surah Al-Muthaffiffiin, Surah Al-Insyiqaaq, Surah Al-Buruuj, Surah At-Taariq, Surah Al-A’laa, Surah Al-Ghaasyiyah, Surah Al-Fajr, Surah Al-Balad, Surah Asy-Syams, Surah Al-Lail dan Kompilasi Surah-surah Lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas berserta pemahaman Surah An-Naba’, Surah An-Nazi’at, Surah Abasa, Surah At-Takwir, Surah Al-Infithar.

Kategori 'B' pula terbuka kepada murid-murid berumur 14 tahun keatas dan Tidak menerima Elaun Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam kategori 10, 20 dan 30 juz 4 kali berturut-turut secara kebelakangan dari tarikh tutup penyertaan, Tidak pernah menjadi Johan dalam Kategori ‘B’ sebanyak 2 kali berturut-turut(1439H/2018M dan 1440H/.2019M), Bukan terdiri dari penuntut Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negeri semasa mendaftar / menghantar borang permohonan.

Kategori ini menghafaz Surah-Surah Pilihan iaitu Surah Al-Kahfi, Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Ar-Rahmaan, Surah Al- Waqi’ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Insaan, Surah Yaasiin, Surah Jiin berserta pemahaman Surah Al-Jumu’ah dan  Surah An-Nur.

Bagi Kategori 'C' ianya terbuka kepada semua peringkat umur; dan tidak pernah menerima Elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam Dalam Kategori 10,20 dan 30 Juz , serta tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'C' sebanyak dua kali berturut-turut. Kategori ini akan menghafaz 3 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 3 berserta Pemahaman Surah An-Nissa’.

Kategori 'D'  terbuka kepada semua peringkat umur, Tidak pernah menerima Elaun Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam kategori 30 juz. Tidak menjadi Johan dalam Kategori ‘D’ sebanyak 2 kali berturut-turut. Mereka menghafaz 15 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 15 berserta Pemahaman Surah Maryam dan Surah Thaha.

Manakala bagi Kategori 'E' pula terbuka kepada semua peringkat umur; dan tidak pernah menjadi johan 3 tahun berturut-turut dalam Kategori menghafaz 30 juz, dan hanya boleh menyertai musabaqah semula iaitu selepas 2 tahun menjadi johan.Menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman Surah Asy-Syura, Surah Az-Zukhruf, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-Jatsiah.

Seperti lazimnya Musabaqah ini akan diadakan dalam tiga peringkat iaitu Peringkat Saringan Kebangsaan; Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan dan Peringkat Akhir Kebangsaan.

Seramai 352 orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1441 Hijrah dan layak bertanding di Peringkat ini.

Kategori A seramai 62 lelaki dan 79 orang perempuan bartanding yang membawa jumlah seramai 141; Kategori B seramai 24 orang iaitu 8 lelaki dan 16 orang perempuan yang membawa jumlah seramai 24 orang; Manakala bagi Kategori C seramai 59 lelaki dan 72 orang perempuan; Kategori D pula seramai 42 orang bertanding iaitu 26      lelaki 16 orang perempuan; dan Kategori E seramai 14 orang iaitu 7kelaki 7 orang perempuan.

Seramai 12 orang peserta akan dipilih bagi setiap kategori yang mempunyai markah 65% ke atas untuk masuk ke Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan.

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya  Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1440 Hijrah  ini berlangsung selama 8 hari dan bermula hari ini, Selasa,  18hb Jamadilawal 1441H bersamaan 14hb Januari 2020M hingga 27hb Jamadilawal 1441H bersamaan 27hb Januari 2020M.

Attachments