Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT KEPADA MANGSA-MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG BENDAHARA LAMA

BERAKAS, Selasa, 14hb Januari 2020M-Dalam usaha meringankan bebanan mangsa-mangsa kebakaran baru-baru ini, Majlis Ugama Islam telah menyerahkan Agihan Wang Zakat kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah di Kampong Bendahara Lama.

Majlis penyerahan diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Wang Agihan Zakat disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Hj Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Brunei.

Di majlis tersebut, Agihan Zakat dalam bentuk kewangan dan peralatan-peralatan persekolahan diserahkan kepada 107 mangsa-mangsa kebakaran

Kesemua wang tunai yang berjumlah $21,400.00 (Dua Puluh Satu Ribu Empat Ratus Ringgit Sahaja) dan peralatan persekolahan ini di ambil dari peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

Kejadian berlaku pada 08hb Januari 2020 yang lalu dan telah memusnahkan 15 buah rumah yang mana 10 buah musnah keseluruhannya manakala 5 lagi mengalami kerosakan teruk. Pada masa ini, mangsa-mangsa tersebut tinggal sementara di rumah saudara mara dan sebahagiannya di rumah sementara yang disediakan oleh pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Adalah diharapkan semoga dengan adanya agihan zakat ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa dan dengan harapan semoga mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah sebegini.



Attachments