Bandar Seri Begawan, 16 November 2019M-Majlis Perjumpaan Tuan Yang Terutama Mr. Quan Zhezhu, Standing
Committee Member Of The 13th National Committee Of Chinese People’s Political
Consultative Conference (CPPCC) And
Vice-Chairman Of The Committee Of Ethnic And Religious Affairs, CPCC National
Committee yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan 5
hari petang telah mengadakan Perjumpaan bersama wakil non Muslim dan Muallaf.
Majlis berlangsung di Emperor’s Court, Manggis Mall, Brunei Darussalam.

Hadir di Majlis Perjumpaan tersebut ialah
Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela
Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Awang
Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal
Ehwal Ugama serta Pegawai Kanan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Semasa Majlis Perjumpaan tersebut, wakil
non muslim dan muallaf di negara ini telah berkongsi pengalaman kehidupan
berugama di negara ini bersama Tuan Yang Terutama Mr. Quan Zhezhu dan delegasi.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah
Al-Fatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Awang Ahmad Syafiq bin Haji Osman,
Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Semasa menikmati jamuan petang, majlis
diiringi dengan persembahan Tausyeh oleh Persatuan Muallaf (saudara baru) di
negara ini.
Menyertai bersama Tuan Yang Terutama Mr.
Quan Zhezhu, Standing Committee Member Of The 13th National Committee Of
Chinese People’s Political Consultative
Conference (CPPCC) And Vice-Chairman Of The Committee Of Ethnic And
Religious Affairs, CPCC National Committee ialah Mr Luo Liming, Member of CPPCC
National Committee, Member of Committee on Ethnic and Religious Affairs CPPCC
National Committee dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke
Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong.
Semasa Lawatan di Negara Brunei
Darusalam, Tuan Yang Terutama Mr. Quan Zhezhu, Standing Committee Member Of The
13th National Committee Of Chinese People’s Political Consultative Conference (CPPCC) And Vice-Chairman Of The
Committee Of Ethnic And Religious Affairs, CPCC National Committee dan delegasi
telah mengadakan Kunjungan Muhibbah kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu
Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana
Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato
Paduka Haji Awang Othman. Tuan Yang Terutama dan delegasi juga dibawa melawat
ke tempat-tempat menarik di negara ini iaitu Dewan Majlis Mesyuarat Negara;
Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha,
Kampong Katok; Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Jame’ ‘Asr Hassanil
Bolkiah, Kampong Kiarong; dan Bangunan Muzium Alat Kebesaran Diraja.



