Berakas, Khamis, 14 November 2019M-Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato
Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji
Awang Othman telah menjadi hos Majlis Makan Malam bersama Tuan Yang Terutama
Mr. Quan Zhezhu, Standing Committee Member Of The 13th National Committee Of
Chinese People’s Political Consultative
Conference (CPPCC) And Vice-Chairman Of The Committee Of Ethnic And
Religious Affairs, CPCC National Committee bersama rombongan yang dalam siri
lawatan rasmi Ke Negara Brunei Darussalam. Majlis berlangsung di Bandar Seri Begawan,
Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir di majlis tersebut ialah
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji
Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal
Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.
Semasa Lawatan di Negara Brunei
Darusalam, Tuan Yang Terutama Mr. Quan Zhezhu, Standing Committee Member Of The
13th National Committee Of Chinese People’s Political Consultative Conference (CPPCC) And Vice-Chairman Of The
Committee Of Ethnic And Religious Affairs, CPCC National Committee dan delegasi
telah mengadakan Kunjungan Muhibbah kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu
Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana
Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato
Paduka Haji Awang Othman. Tuan Yang Terutama dan delegasi juga dibawa melawat
ke tempat-tempat menarik di negara ini iaitu Dewan Majlis Mesyuarat Negara;
Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha,
Kampong Katok; Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Jame’ ‘Asr
Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong; dan Bangunan Muzium Alat Kebesaran Diraja.





